Hi, well kali ini
kita akan berbincang pasal tips bersalin dan pengalaman bersalin dihospital
kerajaan. Ok, for your info, berdasarkan pengalaman saya, Alhamdulillah pengalaman bersalin di hospital
kerajaan tidak lah seteruk yang disangkakan. Or perhaps sebab Hospital Putrajaya ada
private wing or also known as FPP (fully
paid patient).
Alhamdulillah
saya selamat melahirkan anak kembar saya dengan normal di hospital
Putrajaya. Teringat lagi saat- saat
pertama dan genting mendapat pentanda kelahiran si kembar, ketika itu saya baru
sahaja menyiapkan bekal makanan untuk en. Suami bawa ke pejabat (kerja shift mlm), sebaik sahaja en.suami bertolak ke ofis. Tak silap dalam 15minit
kemudian, ketika saya sedang mengangkat kain di jemuran (mcm kat kampung lak rasa), tiba-tiba terasa suam suam kuku mengalir perlahan. Rupa – rupanya air ketuban sudah pecah. At that time,
ingatkan saya terkencing ke apa cause first timer kan..sedar sedar je
banyak air mengalir keluar menitik dan berterusan bercampur dengan titisan
darah . Takut dan panic attack jugak, tapi sebab tak sakit so semua under
control.
Nasib baik hp dekat
je dengan tempat saya bediri dan tanpa
memikir banyak terus no en.suami di dail. mujur die angkat phone that time since die tgh
driving. 15minit kemudian, baru lah en. suami tiba untuk membantu saya
membersihkan lantai dan bersiap2 bergegas ke hospital . Ketika itu, kandungan
anak kembar saya dlm 35 minggu (8 bulan).
Tapi
surprisingly, saya bersyukur sangat kerana ketika ketuban air pecah,
Alhamdulillah condition saya at that time takde le seteruk yang saya sangkakan,
macam kalau kite tgk drama tv tu, bile ketuban pecah, menjerit bagai macam kena
dera huhu.ada ke. Or it just my imagination. tapi part yang kelakar ialah,
boleh lak time tengah nak bersiap bergegas ke hospital tu, boleh lak saya duk
check almari duk fikir baju apa yang molek sikit utk saya nak pakai ke hospital
hehehe...*menyempat lagi nak melawa*J...
Ok, so selepas
dah bersiap tu, suami saya pun terus galas bag keperluan beranak yang kiteorg
dah standby siap-siap since on the 7th month of my preggy. Tips sebelum bersalin: pada
bulan ke-7, bag keperluan hospital mesti
sudah disediakan (boleh refer to Tips 3rdTrimester dari blog post sebelum ini for info barang asas), pastikan
hospital mana hendak bersalin untuk merancang perjalanan ketika keadaan cemas.
Setelah sampai
sahaja di hospital putrajaya di wad bersalin, seperti biasa, for any gomen hospital,
kenelah kite bertapa dalam sejam dulu untuk tunggu giliran ye..tapi Alhamdulillah, masa time saya tu,
dalam 30minit je, doktor pun panggil masuk untuk nak check condition air
ketuban saya. Bile check pembukaan, doktor kata dalam 3cm. Tips ketika di Wad Bersalin:
bila sampai wad bersalin, buku merah hospital adalah perkara pertama akan
diminta, so make sure walau panic macamana sekali pun, buku merah kena standby
siap2 ok, air ketuban pecah tak semestinya anda akan beranak terus, semua
bergantung pada ’pembukaan’, base on doktor punya info, bile pembukaan 10cm,
barulah sesuai untuk anda meneran untuk push baby keluar, tapi kalau pembukaan
tak cecah 10cm but contraction pain consistent (perut mengeras kejap-kejap
dalam 15minit), then posibility to operate will be the only option due untuk nak
selamatkan isteri dan kandungan bayi dalam perut. *untuk situasi contraction ini, ia akan di nasihat
oleh doktor dahulu dan bergantung pada keadaan isteri dan kandungan anak dalam
perut.
For kembar punya
kes, time saya tu, memula pembukaan pertama is 3cm lepas tu about few hours
later, terus die cecah 6, 8 and 10cm within 10minit. So dengan kelam kabutnya,
doktor dan nurse terus decide to advise me to deliver the baby. Kalau ikutkan,
for kembar or special pregnancy case, selalunya doktor pakar yang handle, tapi
time pembukaan saya dah cecah 10cm tu, memang kebetulan doktor biasa yg datang
melawat dan terus die jugak yang menyambut kelahiran anak saya due to short
notice period.
Well, terus
terang since saya ni first timer (baru) and its my first baby, memang jawabnya
tak reti le saya nak meneran time nak push baby keluar. Siap saya dan suami saya baca majalah
PAMA lagi nak check teknik meneran yang betul to make sure saya dapat deliver
the right. Kononya, dengan teknik meneran yang betul, memudahkan push baby
dengan senang, tapi bile dalam situasi panic tu, memang dah tak ingat le
meneran ke, praktis pun ke laut dah...maklum le, panic:)
Alhamdulillah,
teran punya teran, akhirnya kedua-dua anak kembar saya selamat dilahirkan
dengan normal, syukur beza masa selama 1 minit. So saya pun di warded
kan 2 hari diward bersalin tapi anak kembar saya, both kena tahan ICU due their
low birth weight, tak mencapai syarat minimum 2kg untuk bayi yang sihat or fit.
Kedua-dua anak kembar saya ditahan di ICU lebih kurang 1 bulan sebelum discharge.Tips bayi baru lahir/ deliver:
minimum berat baby yang dibenarkan discharge mesti tidak kurang daripada 2kg,
kalau kurang then bayi akan ditahan di ICU sehingga berat mereka mencecah 2kg
genap, di sesetengah hospital ada menawarkan service ”rooming in” dimana jika
bayi itu dalam 1.8kg ia akan dibenarkan untuk tidur bersama ibunya selama 24jam
dibilik khas disediakan untuk membantu menaikan berat badan bayi dengan cepat.
So sekian sahaja
buat post blog saya kali ini mengenai tips ketika hendak bersalin, untuk next
post blog, saya akan kongsikan bersama tentang tips untuk ibu selepas bersalin.
Untuk any comment or info, sila add comment dibawah untuk dikongsikan bersama.
Sekian.
10 comments:
Owh, just nak add komen sket, well for the followup checkup with clinic, between 1-5 bulan (kena buat checkup 1 kali dalam 1 bulan, tapi after 6-9 bulan (kena buat checkup 2 kali dalam 1 bulan - untuk nak check air gula)....**nak tau kenapa kena check air gula, you guys can ask the doktor ok, they can inform in more detail:)**
boleh tanya sebelum bersalin tu ada scan x kedudukan baby mcmane?mksd sya 2 2 kepala ke bwh or sorg atas sorg bwh?
Sebelum bersalin tu doct dah scan dulu to determine boleh melahir secara normal or caesarean. Alhamdulillah masa scan ketika itu 2 2 kepala kebawah dan size bayi serta berat doctor kata menepati kemampuan saya utk deliver normal. Dalam most cases, kalau deliver twin selalu akan caesarean tetapi kalau kedudukan bayi,size dan berat die ok, then boleh le awk pilih utk deliver normal or not. Segalanya atas pilihan tuan empunya badan:)
Hi..nk tanya, ur twins lahir berat brapa kg?
Mine 1.44 n 1.38..dh hari ke 18..berat now 1.5kg..
My twins warded kat NICU putrajaya jgk..setau saya 1.8kg dah boleh discharge..
Berat 1st twin 1.4kg, 2nd twin 1.8kg. Duk NICU 1st (1mth) & 2nd (2wk). Fully breastfeed. Semoga berat twin awak cepat naik.
1.8kg subject to doctor punya approval masa last 3 year. Maybe dah revised.
Berat 1st twin 1.4kg, 2nd twin 1.8kg. Duk NICU 1st (1mth) & 2nd (2wk). Fully breastfeed. Semoga berat twin awak cepat naik.
Amin..tq :)
Breastfeed time visiting hour je kan?
Time lain bagi EBM kan?
Masa baby dlm incubator tu awak ada bwk baby kluar breastfeed dlm bilik menyusu x? Berat baby dah 1.5kg tp nurse x encourage direct breastfeed lg sbb takut dia kluar lama sgt dr incubator, takut infection
Bf time visiting hr. Yg 1st twin lepas seminggu br direct bf. Lepas seminggu bru doc bg direct bf sbb low birth weight less 1.5kg. 2nd twin mmg direct bf even masa tu duk incubator. Time lain EBM. Berat baby turun naik jgk tapi bila dah smp 1.6kg , berat naik konsisten.
Post a Comment