Tips & Pengalaman Ketika Hendak Bersalin



Hi, well kali ini kita akan berbincang pasal tips bersalin dan pengalaman bersalin dihospital kerajaan. Ok, for your info, berdasarkan pengalaman saya,  Alhamdulillah pengalaman bersalin di hospital kerajaan tidak lah seteruk yang disangkakan.  Or perhaps sebab Hospital Putrajaya ada private wing or also known as  FPP (fully paid patient).


Alhamdulillah saya selamat melahirkan anak kembar saya dengan normal di hospital Putrajaya.  Teringat lagi saat- saat pertama dan genting mendapat pentanda kelahiran si kembar, ketika itu saya baru sahaja menyiapkan bekal makanan untuk en. Suami  bawa ke pejabat  (kerja shift mlm),  sebaik sahaja en.suami  bertolak ke ofis. Tak silap dalam 15minit kemudian, ketika  saya sedang mengangkat  kain di jemuran (mcm kat kampung lak rasa),  tiba-tiba terasa suam suam kuku  mengalir perlahan. Rupa – rupanya  air ketuban sudah pecah. At that time, ingatkan saya terkencing ke apa cause first timer kan..sedar sedar je banyak air mengalir keluar menitik dan berterusan bercampur dengan titisan darah . Takut dan panic attack jugak, tapi sebab tak sakit so semua under control.

Nasib baik hp dekat je dengan  tempat saya bediri dan tanpa memikir banyak terus no en.suami di dail.  mujur die angkat phone that time since die tgh driving. 15minit kemudian, baru lah en. suami tiba untuk membantu saya membersihkan lantai dan bersiap2 bergegas ke hospital . Ketika itu, kandungan anak kembar saya dlm 35 minggu (8 bulan).

Tapi surprisingly, saya bersyukur sangat kerana ketika ketuban air pecah, Alhamdulillah condition saya at that time takde le seteruk yang saya sangkakan, macam kalau kite tgk drama tv tu, bile ketuban pecah, menjerit bagai macam kena dera huhu.ada ke. Or it just my imagination. tapi part yang kelakar ialah, boleh lak time tengah nak bersiap bergegas ke hospital tu, boleh lak saya duk check almari duk fikir baju apa yang molek sikit utk saya nak pakai ke hospital hehehe...*menyempat lagi nak melawa*J...

Ok, so selepas dah bersiap tu, suami saya pun terus galas bag keperluan beranak yang kiteorg dah standby siap-siap since on the 7th month of my preggy. Tips sebelum bersalin: pada bulan ke-7,  bag keperluan hospital mesti  sudah disediakan (boleh refer to Tips 3rdTrimester dari blog post sebelum ini for info barang asas), pastikan hospital mana hendak bersalin untuk merancang perjalanan ketika keadaan cemas.

Setelah sampai sahaja di hospital putrajaya di wad bersalin, seperti biasa, for any gomen hospital, kenelah kite bertapa dalam sejam dulu untuk tunggu giliran ye..tapi Alhamdulillah, masa time saya tu, dalam 30minit je, doktor pun panggil masuk untuk nak check condition air ketuban saya. Bile check pembukaan, doktor kata dalam 3cm. Tips ketika di Wad Bersalin: bila sampai wad bersalin, buku merah hospital adalah perkara pertama akan diminta, so make sure walau panic macamana sekali pun, buku merah kena standby siap2 ok, air ketuban pecah tak semestinya anda akan beranak terus, semua bergantung pada ’pembukaan’, base on doktor punya info, bile pembukaan 10cm, barulah sesuai untuk anda meneran untuk push baby keluar, tapi kalau pembukaan tak cecah 10cm but contraction pain consistent (perut mengeras kejap-kejap dalam 15minit), then posibility to operate will be the only option due untuk nak selamatkan isteri dan kandungan bayi dalam perut.  *untuk situasi contraction ini, ia akan di nasihat oleh doktor dahulu dan bergantung pada keadaan isteri dan kandungan anak dalam perut.

For kembar punya kes, time saya tu, memula pembukaan pertama is 3cm lepas tu about few hours later, terus die cecah 6, 8 and 10cm within 10minit. So dengan kelam kabutnya, doktor dan nurse terus decide to advise me to deliver the baby. Kalau ikutkan, for kembar or special pregnancy case, selalunya doktor pakar yang handle, tapi time pembukaan saya dah cecah 10cm tu, memang kebetulan doktor biasa yg datang melawat dan terus die jugak yang menyambut kelahiran anak saya due to short notice period.

Well, terus terang since saya ni first timer (baru) and its my first baby, memang jawabnya tak reti le saya nak meneran time nak push baby keluar. Siap saya dan suami saya baca majalah PAMA lagi nak check teknik meneran yang betul to make sure saya dapat deliver the right. Kononya, dengan teknik meneran yang betul, memudahkan push baby dengan senang, tapi bile dalam situasi panic tu, memang dah tak ingat le meneran ke, praktis pun ke laut dah...maklum le, panic:)

Alhamdulillah, teran punya teran, akhirnya kedua-dua anak kembar saya selamat dilahirkan dengan normal, syukur beza masa selama 1 minit. So saya pun di warded kan 2 hari diward bersalin tapi anak kembar saya, both kena tahan ICU due their low birth weight, tak mencapai syarat minimum 2kg untuk bayi yang sihat or fit. Kedua-dua anak kembar saya ditahan di ICU lebih kurang  1 bulan sebelum discharge.Tips bayi baru lahir/ deliver: minimum berat baby yang dibenarkan discharge mesti tidak kurang daripada 2kg, kalau kurang then bayi akan ditahan di ICU sehingga berat mereka mencecah 2kg genap, di sesetengah hospital ada menawarkan service ”rooming in” dimana jika bayi itu dalam 1.8kg ia akan dibenarkan untuk tidur bersama ibunya selama 24jam dibilik khas disediakan untuk membantu menaikan berat badan bayi dengan cepat.

So sekian sahaja buat post blog saya kali ini mengenai tips ketika hendak bersalin, untuk next post blog, saya akan kongsikan bersama tentang tips untuk ibu selepas bersalin. Untuk any comment or info, sila add comment dibawah untuk dikongsikan bersama. Sekian.

10 comments:

Unknown said...

Owh, just nak add komen sket, well for the followup checkup with clinic, between 1-5 bulan (kena buat checkup 1 kali dalam 1 bulan, tapi after 6-9 bulan (kena buat checkup 2 kali dalam 1 bulan - untuk nak check air gula)....**nak tau kenapa kena check air gula, you guys can ask the doktor ok, they can inform in more detail:)**

Unknown said...

boleh tanya sebelum bersalin tu ada scan x kedudukan baby mcmane?mksd sya 2 2 kepala ke bwh or sorg atas sorg bwh?

Unknown said...

Sebelum bersalin tu doct dah scan dulu to determine boleh melahir secara normal or caesarean. Alhamdulillah masa scan ketika itu 2 2 kepala kebawah dan size bayi serta berat doctor kata menepati kemampuan saya utk deliver normal. Dalam most cases, kalau deliver twin selalu akan caesarean tetapi kalau kedudukan bayi,size dan berat die ok, then boleh le awk pilih utk deliver normal or not. Segalanya atas pilihan tuan empunya badan:)

Anonymous said...

Hi..nk tanya, ur twins lahir berat brapa kg?
Mine 1.44 n 1.38..dh hari ke 18..berat now 1.5kg..

Anonymous said...

My twins warded kat NICU putrajaya jgk..setau saya 1.8kg dah boleh discharge..

Unknown said...

Berat 1st twin 1.4kg, 2nd twin 1.8kg. Duk NICU 1st (1mth) & 2nd (2wk). Fully breastfeed. Semoga berat twin awak cepat naik.

Unknown said...

1.8kg subject to doctor punya approval masa last 3 year. Maybe dah revised.

Unknown said...

Berat 1st twin 1.4kg, 2nd twin 1.8kg. Duk NICU 1st (1mth) & 2nd (2wk). Fully breastfeed. Semoga berat twin awak cepat naik.

Anonymous said...

Amin..tq :)
Breastfeed time visiting hour je kan?
Time lain bagi EBM kan?
Masa baby dlm incubator tu awak ada bwk baby kluar breastfeed dlm bilik menyusu x? Berat baby dah 1.5kg tp nurse x encourage direct breastfeed lg sbb takut dia kluar lama sgt dr incubator, takut infection

Unknown said...

Bf time visiting hr. Yg 1st twin lepas seminggu br direct bf. Lepas seminggu bru doc bg direct bf sbb low birth weight less 1.5kg. 2nd twin mmg direct bf even masa tu duk incubator. Time lain EBM. Berat baby turun naik jgk tapi bila dah smp 1.6kg , berat naik konsisten.

Post a Comment