Hi, for post kali ni saya ingin berkongsikan tentang kes kecurian
yg baru sahaja berlaku di kejiranan rumah saya. Ini berlaku ketika di majlis
keramaian perkahwinan jiran saya. Boleh la dijadikan sebagai panduan dan
langkah berjaga – jaga yang sewajarnya untuk mereka yang bakal mengadakan
majlis perkahwinan atau pun yg ingin mengadakan majlis kenduri kendara yang
sewaktu dengannya.
Kini kita kerap di dedahkan dengan pelbagai modus operandi kecurian tidak kira siang atau malam dan tempat. Secara ringkasnya, antara modus operandi yg kini giat di lakukan oleh pencuri adalah; meragut ketika berjalan sendirian, pecah cermin kereta ketika di traffic light/ parking especially young lady driver, terlanggar bumper kereta atas alasan accident tapi sebaliknya, meragut ketika sibuk membeli belah, merompak ketika hendak masuk/ parking kita dalam rumah dan sebagainya.
Tapi semua modus diatas adalah antara kegiatan yg dilakukan secara
spontan dan specific pada seorang mangsa sahaja. Kini ada yg lebih hebat dimana
kecurian dilakukan dimajlis kenduri
keramaian dengan cara berlakon seola-olah sedara atau sahabat kepada
tuan rumah.
Alkisahnya, minggu lepas ada
kenduri di kampung tercinta. Walaupun saya duduk di kawasan taman perumahan
tetapi semangat kejiranan kami masih kukuh. Kiranya kalau ada anak dara yang
berdating ke or berjalan dengan orang yang tak berapa nak familiar, mesti ada
tukang report dari mamarazzi tak bertauliah tu. Yelah kalau kat bandar besar,
anak jiran pun tak kenal. Kann!!:)
Kenduri ini di adakan di rumah
seorang atok wan ne dan ia sangat meriah, semua tetamu yang hadir pun enjoy
makan ayam rempah dan lauk hidangan catering yg mantop itu. Mak pengantin pun
seronok je beramah mesra sambil salam kokot. Ada pun, bila kenduri ne anak-
anak buah ramai. Ada la si kecil ne nak membuang air besar, rumahnya 2 tingkat.
Si kecil ni plak macam mengader-ngader nak guna tandas atas instead of atas
bawah. Nak main tangga la tu. Budak budak , biasa la tu:).
Sebaik sahaja budak tu naik
atas, konon taktau mana satu pintu toilet, budak tu pun duk bukak satu demi
satu semua pintu bilik diatas. Bile bukak je salah satu pintu bilik atas,
terkejut la budak tu melihat ada pencuri tengah geledah barang-barang. Kesemua
barang kemas,duit-duit dah selamat masuk ke handbagnya. Menjerit la si budak tu
meminta bantuan. Pencuri pun dah tak boleh nak lari ke mana memandangkan the
thief was “caught red handed”in the house.
Guess what, pencuri tu adalah
seorang wanita melayu dan sedang mengandung! Dan dia berlagak dan berpura-pura hadir
ke majlis kenduri tersebut sebagai tetamu. Yang hairanya, die boleh kenal nama
tuan rumah dan keluarganya walaupun tuan rumah tak mengenalinya langsung. Itulah
modus operandi terkini pencuri2 yang bergerak secara berkumpulan. Target mereka
kenduri kendara yang banyak barang berharga dan juga cash money.Tuan rumah pun
tengah open doors to everyone kan, so itu la peluang mereka.
So korang- korang semua, be extra
cautious. Sekarang people are getting more creative. Halal haram tolak tepi
huhu. Wallahualam.
0 comments:
Post a Comment