Tips untuk Mereka yang Mengandung Single / Kembar



Hi, bagi mereka yang baru sahaja berkahwin dan sedang mengimpikan  untuk memperoleh cahaya mata kembar, disini saya ingin kongsi kan pengalaman saya, setelah saya baru sahaja Alhamdulillah melahirkan anak kembar pertama saya pada bulan March tahun ini.

Kelahiran anak adalah rezeki kurniaan Allah SWT untuk setiap insan yang bergelar suami isteri. Adakala sesetengah pasangan yang sudah berkahwin lama tetapi masih tidak peroleh rezeki anak lagi, tapi jangan khuatir kerana Allah itu Maha Kaya, Maha Mengetahui Lagi Maha Adil.  Setiap rezeki yang dikurniakan ada hikmah disebaliknya, dan setiap pemberian rezeki itu adalah sepadan dengan kemampuan umatnya. So bagi mereka yang masih belum memperoleh cahaya mata, just look on the positive side ok.  When the right time comes, segala doa anda insya-Allah akan termakbul.

Ok, berbalik pada tips mengandung kembar tadi. Apa yang  anda perlu focus dan ketahui adalah:

1.       Bagi mereka yang baru 1st timer become a preggy atau as a refresher, anda kena ketahui tempoh jangka masa 9 bulan tarikh jangkaan kelahiran anak anda. Doctor normally refers as expected due date (EDD). Ini penting untuk kita ketahui perkembangan anak mengikut fasa dan bila anak anda bakal dilahirkan. Diantara website yang amat berguna adalaha www.bbc.co.uk dan about.com [di website ini, anda hanya kena letak tarikh pertama anda datang haid yang terkini], tool ini akan memberi penerangan secara ringkas mengenai fasa perkembangan anak anda dan secara tak langsung memberi tarikh bakal anak anda akan dilahirkan.

2.       Seawal bulan pertama anda mengetahui anda/ isteri anda mengandung, pastikan dimana klinik kesihatan anda akan membuat checkup (swasta/ kerajaan), bagi mereka yang ingin membuat checkup direct with hospital adalah dinasihatkan untuk mendapatkan surat referral daripada klinik dahulu sebelum simply go to mana-mana hospital kerajaan. Selalunya hospital hanya akan menerima checkup ibu yang mengalami komplikasi mengandung atau pernah mengalami kes keguguran. Pendek  kata, sebelum anda berhajat nak check up di hospital gomen, sila refer to klinik dahulu untuk dapatkan surat referral untuk membolehkan anda diterima bagi menerima rawatan/nasihat di hospital. Bagi ibu - ibu yang mengandung kembar, memang kebanyakan klinik kesihatan akan terus refer kepada hospital kerana tidak mempunyai pakar terlatih untuk menangani kes mengandung kembar.

3.       Untuk 1st Trimester (3 bulan pertama), merupakan bulan dimana ibu-ibu akan mengalami “morning sickness” atau alahan or mengidam. Bagi si suami, bersedia le untuk menjadikan si isteri sebagai princess dirumah, dimana semua keje rumah kena lah si suami tolong apa yang patut dan jangan membiarkan isteri membuat kerja berat sendirian, ini kerana janin yang terbentuk masih belum kukuh, very fragile dan sensitif. Tips untuk 1st Trimester:  Minum susu yang mengandungi  Acid Folic (cth: Anmum Materna,  Dumil Mama, EnfaMama),  dapatkan supplement Acid Folic yang boleh diperolehi daripada doktor (Info Folid Acid disini), banyakkan berehat serta kena mula berpantang makan seperti:

i.              Jangan makan makanan yang "tajam" sewaktu mengandung
Paling biasa kita dengar adalah pesanan jangan makan nenas kerana takut kandungan gugur. Ada sesetengah individu masih mengamalkan pantang larang ini. Manakala individu yang lebih "moden" berpendapat nenas adalah baik untuk kesihatan kerana ia kaya dengan vitamin C. Depends on your body.

ii.             Jangan makan makanan "sejuk" dan "berangin"
Seperti yang kita ketahui makanan seperti pulut,labu dan ubi boleh menyebabkan kembung perut. Manakala sayur seperti kubis dan tembikai pula dikatakan "sejuk" bagi peranakan wanita. Bagi wanita yang menyusukan bayi, makan makanan berangin boleh menyebabkan kembung perut bukan saja kepada dirinya sendiri, malahan kepada bayi yang disusukannya.

iii.            Jangan makan makanan pedas
Makanan yang pedas ditakuti akan menyebabkan bayi sakit perut dan cirit-birit.

iv.            Pantang minuman yang mengandungi kafein
Minum kopi dan teh ketika menyusukan bayi dikatakan boleh menyebabkan bayi sukar tidur malam dan menjadi lebih aktif.


4.       Untuk 2nd Trimester (3 bulan ke 6 bulan), pada ketika ini janin ibu sudah pun kukuh dan bagi mereka yang tak sabar nak mengetahui jantina anak anda, pada bulan ke 5-6 adalah masa yang sesuai untuk buat ultrasound scan untuk menentukan jantina bayi anda. Namun begitu, ultrasound scan tak memberi kepastian 100% jantina anak anda kerana faktor kedudukan anak dalam perut.  Tips untuk 2nd Trimester: Minum susu yang mengandungi  Acid Folic, perlu bersenam ringan seperti berjalan kaki, akan kerap keletihan yang memerlukan rehat secukupnya, makan supplement Obimin Plus yang boleh diperolehi daripada farmasi (info Obimin disini), makan supplement neurogain (sejenis minyak ikan - supplement untuk merangsang perkembangan otak bayi) yang juga boleh diperolehi di farmasi,  serta mula membuat senarai semak keperluan menyambut kelahiran bayi, membuat perancangan cuti (jika yg berkerja)serta membuat pilihan hospital mana yang anda ingin melahirkan anak anda.

5.       Untuk 3rd Trimester (6 bulan ke 9 bulan), merupakan kemuncak tempoh matang pertumbuhan anak anda. Bagi mereka yang mengandung single baby, tempoh kemuncak untuk membawa kandungan sehingga genap 9 bulan, tetapi bagi mereka yang beranak kembar, pada bulan ke-7 dan ke-8 merupakan tempoh disebut sebagai pra-matang yang mungkin anak anda bakal dilahirkan. Ini berdasarkan statistik kebarangkalian beranak kembar yang disahkan oleh doktor. Bagi yang mereka yang beranak dalam bulan ke-7 atau ke-8, selalunya doktor akan syorkan untuk menyuntik ubat bernama DEXA, iaitu sejenis pemangkin yang mempercepatkan kematangan paru-paru anak anda. Suntikan ini bergantung pada keadaan kandungan anak anda, jika anda mengalami petanda kelahiran awal, maka DEXA akan diberikan untuk mempercepatkan pertumbuhan anak sebelum kelahiranya.  Tips untuk 3rd Trimester: pastikan keperluan menyambut kelahiran bayi sudah siap disediakan dalam beg (cth: Buku Merah Hospital (jika hospital kerajaan), Baby Oil, Newborn Pampers, Baby Wipes, Maternity Pad, Minyak Angin, Kain Batik &  Baju Salin Isteri),  pastikan sebarang petanda kelahiran (cth: bintikan darah, perut mengeras kejap-kejap & pecah air ketuban)

Sekian sahaja untuk tips mengandung single/ kembar, untuk sambungannya, saya akan kongsi kan lagi antara tips ketika dalam labour/ wad bersalin untuk post blog seterusnya. Bagi mereka yang mempunyai pandangan yang ingin dikongsikan bersama, sila add comment dibawah untuk dikongsikan bersama. Sekian.

6 comments:

Anonymous said...

Prettу section of content. Ӏ juѕt stumbled upon уour site
anԁ in accession capital to asѕеrt that I get in fact enjoyed account уour blog ρoѕts.
Anywaу I will be subscribing to уour augment anԁ even Ӏ aсhievement you access consistently rаpidly.
Feel free to surf my webpage ; Online Casinos | Super Casino

Anonymous said...

Fantastic site you have herе but I wаs curious if you knew
of аny community forums thаt covеr the same tοpics talked about here?
I'd really love to be a part of community where I can get responses from other knowledgeable people that share the same interest. If you have any recommendations, please let me know. Thanks a lot!

Here is my webpage - online casino
My web page : online casino

Anonymous said...

Ada tak supplement untuk dapatkan baby kembar

i.am.me said...

Hi Salam...

Terima kasih atas pertanyaan..untuk supplement mendapat kembar tu saya kurang pasti..tetapi selalunya bergantung kepada keserasian hormon anda ketika pengambilan supplement tersebut..

Seeloknya untuk mendapat lebih kepastian mengenai supplement ini, saya syorkan anda refer direct dengan doctor Gynae / Pakar Sakit Puan untuk mereka membuat analisis hormon anda dahulu sebelum disyorkan ubatan yg sesuai untuk dimakan untuk memperoleh kehamilan kembar..

Tetapi di dalam situasi saya adalah exceptional sebab kebetulan genetik belah suami saya ada gen kembar yg diwarisinya. Alhamdulillah, kehamilan kembar saya is purely natural process. Harap anda dimurahkan rezeki untuk mendapatkan kembar seperti yang diidamkan...

kedaivitaminfatimah said...

Perkongsian info yang sangat menarik. Thanks admin. :)

mamasyafi said...

Thanks admin
Penting penjagaan pemakanan ibu hamil...saya ada berkongsi di blog saya juga info suplemen & mengatasi stretch mark di blog saya
www.mamasyafi.wordpress.com

Post a Comment