Fadhilat Berkhatan Untuk Anak Lelaki dan Perempuan


Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi, today my two little princess baru sahaja di khatankan. The twin is nearly 8 months, baru bawak pegi klinik untuk khatan. For girls, 1 year and below is the most suitable time for khatan. Ada parents buat masa baby 2 bulan juga, but for my case, they need to reach certain weight first, then only baru sesuai untuk disunat kan.

So, untuk korang – korang yang ada baby girl, yang masih belum di khatankan , mudahan dipercepatkan untuk mengelakkan sebarang  kesulitan pada si anak yang semakin membesar dengan sihat dan kuat tu. Makin meningkat umur, makin sakit wooo! Luckily, both steady je sebelum dan selepas. Cuma adik je kene pegang-pegang bagi moral support sikit. Kakak memang buat muka legend. My girls rock lah!:)
Musim cuti sekolah ne, orang bawak anak lelaki diorang untuk dikhatankan. Saya pun, nak jugak join the club. Tapi, saya bawak baby girls la dengan bantuan cik cuzzie the hotness ina. (single and available as at this entry been posted). LOL! Yelah, mana nak kendong dua – dua. Encik asben dah masuk kerja kot. Credit to Klinik Al-Farabi Kuantan yang telah menyunatkan kedua- dua puteri hati saya tu. Sekejap je bila dah masuk bilik doctor tu. Ditegaskan, bila dah masuk bilik doctor. Sebab saya penah tunggu sampai 4 jam! AlFarabi is a very sought after clinic kot in Kuantan, they REALLY should tambah doctor. SERIOUSLY!
Zaman siber ne, ada jugak orang pelik bila kita cakap kita sunatkan the girls. Kita pun pelik kenapa orang tu pelik. Eh peliklah! Memang la so far perkhidmatan berkhatan ini lebih diutamakan untuk kaum lelaki kerana hukumnya adalah WAJIB, tetapi bagi kaum wanita pula hukum berkhatan telah menjadi perbincangan para ulama. Sebahagian mengatakan itu sunnah dan sebahagian mengatakan itu suatu keutamaan saja dan tidak ada yang mengatakan wajib. Terpulang kepada ibubapa la. Dari pengetahuan & pembacaan saya yang amat sedikit ini, banyak kebaikan jika sekiranya kita khatankan anak perempuan kita tu.
Dalil utama berkaitan 'Khatan' adalah

خمس من الفطرة : الختان والإستحداد وتقليم الأظافر ونتف الإبط وقص الشارب
Ertinya : Lima perkara fitrah : berkhatan, mencukur bulu kemaluan, memotong kuku, mencabut bulu ketiak (cukur), memendekkan misai. (Riwayat Muslim)
Meh nak share sikit ngn uolls seme, timing yang sesuai untuk mengkhatankan anak; berdasarkan daripada pengalaman org tua-tua adalah bagi anak lelaki:seeloknya ketika masih kecil lagi iaitu boleh dilakukan ketika cukur jambul/ akikah atau digalakkan mengkhatankan anak lelaki sebelum mereka cecah baligh kerana bila anak lelaki mencecah baligh maka diwajibkan berkhatan secepat mungkin.
Sebaliknya bagi anak perempuan pula: disunatkan khatan ketika kecil and base from my experience, I circumcise (khatan) my princess when they were 7+ month old. Well kalau ikutkan, better do it when their still small kids untuk mengelakkan daripada mereka liat/takut untuk berkhatan bila dah meningkat umur. Mau kene terajang free je doctor dengan assistant dia, kannn..
Fadhilat dan kelebihan berkhatan adalah merupakan sebahagian daripada pensucian diri dalam Islam dan bagi kaum wanita merupakan satu kemuliaan untuk dirinya.
Well guess that’s the update for now. Alhamdulillah process khatan went well for my little twin princess and cost berkhatan adalah bergantung pada clinic berkenaan, my one it cost me RM20/ each but the cost would vary between RM20-RM80/each depending on clinic and location wise.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai intipati berkhatan menurut hukum dan syariat islam, boleh lah you alls refer disini. Peneraangan yang sangat bagus terutama sekali untuk ibubapa alaf baru.

1 comments:

Nadirah said...

Nak tanya sunat bb girll, betul ke dokter potong sikit hujung kelentit?

Post a Comment