Tips untuk Ibu Selepas Bersalin



Hi, ok, for those yg baru sahaja deliver baby, congrats!! Bertambah umat Nabi Muhammad S.A.W. and syukur Alhamdulillah kerana selamat melahirkan anak anda, baik anak sulung atau kelahiran adik kepada yg sulung..selamat berpantang & happy mothering. Bagi Malay, normally our confinement period is 44 days  and for Chinese, their confinement period is 30 days only. Especially to those yg deliver their baby by Caesarean mode, makan dan aktiviti harian kena be extra careful.

 Tips Ibu Selepas Besalin:

  • Pertama sekali ialah berpantang makan makanan sebarangan selama 14 hari, ini average la kot. 1st week biasa makan bubur je campur ikan bilis and lada hitam. Minum pun jangan bantai milo sebab nanti najis kita keras, susah dan agak azab time nak membuang. Aku siap makan ubat utk melembutkan najis lagi sbb kita tak boleh meneran sangat time crucial ne. Takut luka jahitan terbuka.

  •  Tumpah darah (darah nifas 44 days) – depends on individual jugak. 1st two week aku pakai maternity pad sebab flow memang heavy. Afterwards, pakai pad biasa je. Jimat sket $$$.

  • Masa dah hujung-hujung nak bersalin tu, bolehla tanya2 tukang urut yang mantop. Sebab ni pun penting. Badan nak pakai lama kan. Berurut (utk naikkan rahim) – biasa 3 hari berturut-turut selepas bersalin. Tapi hari tu, saya buat seminggu. Sebab saja – saja. Boleyy?

  • Urut payudara untuk memudahkan pengeluaran susu. Biasanya susu badan keluar dalam kuantiti yang sedikit masa sehari dua selepas bersalin. Susu yang 1st keluar adalah kolustrum dan sangat bagus untuk imunisasi baby. Warnanya kuning pekat macam susu F&N tu. Selepas berurut, InsyaAllah pengeluaran susu ibu akan meningkat berganda – berganda lagi. Boleh amalkan makan daun pegaga, ikan bilis, lobak putih

  • Bertungku tujuannya untuk kecutkan rahim dan  kempiskan perut. Dah memboyot selama 9 bulan perut agak menggeleber lepas bersalin. Bertungku ni saya buat sampai hujung2 cuti berpantang. Beli je batu tungku kecik (dalam RM45-RM60) dan boleh buat sendiri time baby tido. Mintak tolong la emak atau pembantu panaskan dan angkat bagi kita, sebab batu tungku tu berat jugak.

  • Pemakaian  bengkung, serajin mungkin pakai la bengkung untuk mendapatkan bentuk badan asal. Sebelum dipakai, boleh lumurkan krim pati halia atau lumurkan serbuk kunyit pada bahagian yang perlu. Macam saya, pakai pagi sampai tengahari je. Lepas tu malam sebelum tido. Lebih elok pakai selama 44 hari tu, tapi saya ada la jugak ponteng – ponteng.

  • Sentiasa memakai stoking bagi mengelakkan angin masuk, sentiasa minum air suam (NO AIS), minum pati ikan haruan (utk menyembuh luka dalaman & kembalikan kesegaran badan).

  • Makan jamu, tapi yang ni saya amalkan selepas berpantang sebab twin saya fully breastfeed 1st 2 month. So takut my babies cirit birit due to the heat. Apa pun, can consult doctors for better advise on this.

  • Mandian herba dan akar kayu – boleh beli yang peket di kedai baby. Dalam RM25-RM30 sebunjut. Boleh guna dalam seminggu the same packet. Kalau ada mak bidan rajin tolong buatkan pun bagus. Cuma pay extra $$$ lah kan.
Antara makanan yg perlu berpantang adalah:

1. Makanan yang boleh menyebabkan gatal seperti udang, sotong, ayam dan lain-lain.

2. Makanan yang sejuk seperti sayur-sayuran, buah-buahan, teh dan lain-lain.

3. Makanan yang tajam seperti nanas, air tebu dan sebagainya.

4. Makanan yang berangin seperti nangka, pulut, petai, ubi kayu dan sebagainya.

5. Makanan yang beracun atau berbisa seperti pisang, roti yang dicampur dengan ibu roti dan sesetengah jenis ikan seperti pari, terubuk dan sebagainya.

6. Makanan yang berminyak seperti santan, kacang, minyak masak dan sebagainya.

    Makanan ibu semasa dalam pantang perlu dijaga supaya tidak menjejaskan kesihatan ibu terutama ibu yang menyusukan anak. Jika hal ini tidak diambil berat, kesihatan anak juga turut terjejas umpamanya anak terkena ruam panas, kembung perut dan sebagainya.

    Selain itu makanan sejuk boleh menyebabkan kebas, pening, sakit urat saraf, sesak nafas, sakit sendi, kejang-kejang otot, kancing gigi dan turun darah.

Walaupun makanan diatas adalah makanan pantang ibu selepas bersalin, namun begitu makanan tersebut perlu diganti dengan makanan yang mengandungi zat yang sama supaya para ibu mendapat diet yang seimbang.

Ibu dinasihatkan supaya  mengambil makanan berkhasiat terutama yang mengandungi protein dan zat besi seperti daging tanpa lemak, daging lembu dan telur. 

Perlu diingatkan bahawa telur mentah atau kurang masak seperti telur separuh masak yang sangat digemari di negara kita mesti dielakkan kerana ia mungkin mengandungi bakteria salmonela. Bukan itu sahaja daging perlulah dipastikan betul-betul masak dan tiada bahagian yang berwarna merah jambu atau merah. Pastikan airnya jernih, terutama apabila dipanggang atau menjadi sebahagian daripada makanan yang sedia dihidangkan manakala ketika berada di restoran, pesan supaya daging dimasak sepenuhnya dan elakkan ikan dan daging mentah seperti sushi dan ‘yee sang’. 


DIET KHAS

Diet masyarakat Cina – Anda perlu makan pelbagai makanan yang ‘memanaskan’ badan. Ini termasuklah halia dan tonik tradisional yang dimasak dengan herba. Makanan yang disediakan dengan bahan itu dipercayai dapat memperbaiki pengaliran darah dan menguatkan sendi.

Diet masyarakat Melayu – Anda akan digalakkan memakan ikan segar seperti ikan haruan untuk menyembuhkan bahagian dalaman badan. Sesetengah ikan seperti ikan kembung dan lain-lain makanan laut seperti kerang, udang dan kerang mesti dielakkan kerana ia boleh menyebabkan alahan dan kegatalan.

Diet masyarakat India – Sesetengah sayuran jenis labu seperti lauki dan tori dipercayai dapat meningkatkan pengeluaran susu. Daun sirih juga dapat membantu dalam penyusuan.

Sekian sahaja untuk blogpost kali ini. Any  komen to share, just add below ok:) Thanks!!!

19 comments:

Anonymous said...

Lobak putih sejuk.mana bole breastfeed mkn lobak putih.siapo ajor ko huh?

Anonymous said...

Salam..bertungku sebenarnya mengembgkn rahim n salur drh..bkn mengecutkn..n bole mengundang maut sebenarnya

Unknown said...

Hi,

Terima Kasih atas komen semua... pasal lobak putih tu, banyak petua orang2 tua amal kan...boleh refer di forum ini untuk mendapatkan komen dari blogger lain..

Ratu Hati: bagaimana ibu2 bykkan susu badan selepas bersalin

Unknown said...

Hi,

Bagi bertungku pula..ia adalah amalan traditional oleh adat melayu dan banyak telah disyorkan oleh bidan kampung...anda boleh refer to wesbite ini untuk mengetahui lebih lanjut..

Baby Center : Berpantang

Anonymous said...

Doctor sendiri ada suggestkan pengambilan lobak putih utk bykkan susu..n pasal brtungku plak mmg bagus utk hangatkan badan dan mengeluarkan darah beku selepas bersalin.. Cuma jgn bertungku di atas perut dikhuatiri terjadi tumpah darah kerana rahim masih belum kecut sepenuhnya...wallahualam...

Anonymous said...

Macam mana nk keluarkan susu??saya keguguran 5bulan bayi dlm kandungan .. sekarang breast sy membengkak .. sakit teramat sgt .. ade petua ??tq

Unknown said...

Takziah,harap puan bersabar dan menerima ketentuan Allah SWT.Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui dan Maha Pengasih lagi Maha Pemurah. Setiap kejadian itu ada hikmah disebaliknya, harap puan bersabar dan terus berusaha dan bertawakal k.utk keluarkan susu boleh cuba urut tradisional dekat bhgn payudara kita, org perempuan mmg ada urat urat tertentu yg boleh bg flow susu laju. inshaAllah. boleh jugak cuba tekapkan kobis. bg kurangkan dulu dan perlahan lahan susu akan stop keluar. semoga cepat sembuh.

Sarah saffiya said...

sy pn keguguran.bby 4 bln lebih...sy mengalami masalah sama ngn awk.bengkak breast.saya pam je breast. dan susu kluar.bengkak dah hilang.atau pn bleh ambil pil d klinik utk keringkan susu.

Norjarina said...

berpantang selepas bersalin memang amat penting untuk kesihatan dalam dan luaran.
yang paling penting Penyusuan susu ibu adalah yang terbaik.

Unknown said...

Salam kenal gan tipsnya bagus sekali dan sangat menbanti...
oya gan klo untuk tips memilih kaos kaki anak yang bagus seperti apa ya ..
moga sukses

Unknown said...

Salam. Sy bersalin normal support vacuum. Jahitan sy x tanggal2. Doc ckp tanggal sndiri tp hari ni sy da msuk 17 hari x tanggal2. Ape sy perlu buat utk cpt tanggal jahitan?

Unknown said...

Wsalam, tempoh pemulihan jahitan selepas bersalin tu bergantung pada cara pantang larang pemakanan kite seperti saya share dalam post. Bila luka bersalin kite sembuh, benang jahitan itu akan reput sendiri so puan tidak perlu risau, yg penting jaga pantang makan dan makan makanan yg membantu penyembuhan luka dengan cepat, secara tidak langsung benang tersebut akan tercabut sendiri setelah luka sembuh.

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

Sy pun kguguran. Bby 3bulan. Breast sy pun mbengkak sbb susu tak keluar. Ade petua pape tak? Sy first time. Dan skrg prut sy lepas kguguran ahad(9/8/15) lepas, perut sy sakit yg amat sgt. Knpe ye ? Ade yg lebih brpengalaman dlam hal nie ?

Anonymous said...

Lobak putih elok la untuk tambah susu.saya makan elok je..byk lg mkn baby bf ok jr..huh..cakap tu baik2 la..

Ummi Jual Vitamin said...

Wah.. Perkongsian yang sangat menarik. Tq admin.. Pantang Larang Semasa Berpantang

Anonymous said...

Sy juga amalkan sup lobak putih mse berpantang, amat bgus kesan nya, :)

Unknown said...

Byk salah...telur jgn diambil dulu utk jaga jahitan. Ayam sumber protein

Unknown said...

Saya ada pengalaman keguguran 4 bulan nak masuk 5 bulan. Bengkak susu biasanya terjadi sehari selepas kita keguguran. Bagi mengurangkan rasa sakit bengkak susu itu, boleh beli di farmasi breast pad atau boleh tuam pada breast dengan menggunakan tuala yang telah direndam dengan air suam. Insyallah, kesakitan itu akan berkurangan tetapi jangan lupa kena rajin juga perah susu tu, nanti sakit akan datang lagi. Kalau boleh beli breast pump bagi mengurangkan bengkak susu tu. Kalau pergi klinik biasanya doktor akan bagi ubat tahan sakit, ubat surut bengkak dan ubat stopkan susu.

Post a Comment