Salam semua, dah masuk February pun kan. Sekejap
sangat rasanya masa berlalu. So happening January dengan cuti umum yang sangat
generous for me and KL folks especially. Yelah, cuti Maulidur Rasul, followed
by Thaipusam and then Federal Territory Day. Apapun, Salam Maulidur Rasul to
all my muslim friends and relatives. Tema tahun ni, “WASATIYYAH
TONGGAK KESATUAN UMMAH” . Semoga kita semua dapat bersatu dan hidup dalam
ukhuwah yang harmoni.
Actually, past three weeks is quite haywired with
me, mr hubby & the grandma. My two little twin princess demam
teruk masing – masing temperature naik to 39 degree and the worst part they
also ‘tarik’. As a first timer mother, need to handle twin which demam dengan
suhu yang super tinggi, super hot body, super cry mode, it really challenges me
a lot. Itulah yang nak share dengan
korang semua, macam mana nak menghadapi situasi Demam Sawan a.k.a tarik yang I
maksudkan kat atas tadi. Usually demam sawan ini adalah susulan akibat demam
panas pada suhu yang tinggi. Untuk info
tatapan bersama..
APAKAH itu sawan tarik? Apakah puncanya? Adakah ia berpunca
daripada keturunan atau daripada penyakit lain?Bagaimana cara mengubati atau
mengatasinya daripada terus berlaku?
SAWAN tarik atau sawan demam (febrile fit) kerap berlaku pada
kanak-kanak berusia antara enam bulan ke
enam tahun.
Ia boleh berlaku jika kanak-kanak mengalami demam panas melebihi 38.5 darjah Celsius yang memuncak
secara mendadak.
Dipercayai demam sawan berlaku kerana pembentukan otak kanak-kanak
yang belum lagi matang.Demam panas yang tinggi boleh mencetuskan isyarat elektrik dalam
litaran otak yang menyebabkan berlakunya sawan.
Demam itu sendiri selalunya berpunca daripada jangkitan kuman virus
seperti demam flu, demam yang beruam dan kadangkala ekoran jangkitan air
kencing.
Pada amnya, jangkitan ini adalah ringan dan tidak berpunca
daripada jangkitan selaput otak (meningitis).
Sawan tarik bukan penyakit keturunan. Namun
kanak-kanak yang mengalami sawan tarik ada di antara mereka yang mempunyai
anggota keluarga yang mengalami sawan tarik juga.
Apakah langkah-langkah yang anda boleh
lakukan di rumah apabila berlaku sawan tarik?
- Mengawal demam panas seberapa boleh. Kadangkala,
demam panas akan berterusan meskipun langkah-langkah sewajarnya telah
diambil. Usah gementar jika sawan berlaku di hadapan mata. Ambil nafas
panjang dan bertenang dahulu.
- Letakkan
anak di atas lantai atau permukaan yang rata dan miringkan badan dan
kepalanya ke kanan agar air liurnya mengalir ke luar.
- Usah
memaksa masuk sudu atau bahan keras mahupun jari anda sendiri ke dalam
mulut si anak. Ini tidak secara langsung boleh menyekat saluran pernafasan
dan tambah membahayakan anak anda.
- Usah
cuba mengawal pergerakan anak itu sewaktu dia sawan kerana ini boleh
mencederakan otot atau tulangnya.
- Usah
berikan si anak minuman kecuali setelah dia sedar.
- Dapatkan
bantuan dan bergegas ke doktor untuk pemeriksaan lanjut.
Sawan ini akan berlaku bukan untuk jangka masa yang lama.
Kadangkala ia tidak melebihi seminit.Seseorang kanak-kanak boleh mendapat sawan kembali dengan kadar 30 peratus sebelum usianya meningkat ke
enam tahun.
Sekiranya anak anda mengalami demam panas, ambil langkah proaktif untuk menurunkannya suhu
badannya secara perlahan-lahan seperti kerap
meminum air putih dan memberinya ubat demam atau supplement yang disarankan oleh doctor
Sebab-sebab utama berlakunya kematian pada bayi dan kanak-kanak di
negara ini ialah kerana serangan penyakit-penyakit sawan akibat demam panas.
Penyakit sawan atau 'fits' ataupun ‘tarik’ ini terjadi apabila
kanak-kanak diserang demam panas yang terlalu tinggi. Penyakit ini hanya boleh
dicegah sekiranya anda bertindak segera.
Sawan terjadi akibat dari beberapa sebab;
1. Akibat demam panas.
2. Kerana kerosakan otak semasa bayi masih dalam kandungan.
3. Tetanus (berlaku akibat memotong tali pusat bayi dengan
alat-alat kotor atau karat).
Sebab-sebab berlakunya demam panas kepada bayi ini biasanya
disebabkan oleh:
1. jangkitan kuman virus
2. jangkitan kuman bakteria
3. sebab-sebab yang tidak dikesan
Contoh-contoh demam akibat jangkitan kuman
virus ini ialah selsema dan campak.
Contoh-contoh bagi demam akibat jangkitan
bakteria ialah jangkitan kerongkong,
jangkitan saluran kencing, paru-paru bronchitis (sejuk paru-paru) dan
lain-lain.
Sekiranya demam ini tidak dikawal sawan akan
menyerang. Bagaimana demam panas yang tidak terkawal mengakibatkan sawan dan
akhirnya membawa kecacatan atau kemungkinan besar maut?
Bila demam tidak dikawal atau tidak dirawat
segera, anak itu akan diserang sawan atau 'tarik'. Ketika sawan menyerang, kesesakan nafas akan
berlaku. Sesak nafas ini mengakibatkan kurangnya penyaluran oksigen ke otak.
Apabila ini terjadi otak akan rosak. Inilah yang mengakibatkan cacat otak
seumur hidup kepada bayi.Sekiranya segala usaha untuk menyelamatkan
bayi ini gagal maka bayi akan menjadi biru dan akhirnya maut.
Tanda-tanda demam yang terlalu
tinggi ialah apabila mata
kanak-kanak itu mula liar dan bergerak-gerak tidak tentu haluan ataupun jari-jari tangan atau kaki juga bergerak-gerak.
Ini adalah juga tanda-tanda awalan
bahawa kemungkinan besar anak itu akan
diserang sawan.
Langkah-langkah penting yang perlu diambil apabila
anak-anak demam panas untuk mengelakkan sawan berlaku:
1. Tanggalkan semua pakaian anak itu.
2. Ambil tuala, basahkan dengan air sejuk dan
demah badan kanak-kanak itu - khasnya di bawah ketiak, peha, lengan, kepala dan
seluruh badan supaya suhu panasnya turun.
Sekiranya anak itu menunjukkan tanda-tanda
akan kena sawan seperti yang telah disebutkan tadi, apa yang ibu-ibu harus
lakukan ialah mandikan anak itu dengan segera supaya demamnya turun.
Suhu badan yang bahaya ialah 102 darjah F atau 39 darjah Celsius ke atas.
Apabila saja suhu badan anak yang demam
naik ke paras 100 darjah F atau 38 darjah Celsius segeralah mendemahnya
tubuhnya dengan air sejuk.
3. Pastikan dan periksa keadaan anak jika
terdapat sakit sampingan. Pastikan sama
ada dia batuk, susah kencing, kudis badan, tali pusat bernanah dll. Ibu-ibu
perlu memeriksa keadaan anak-anak itu sendiri.
4. Cepatlah bawa anak itu berjumpa doktor.
Cara-cara mencegah sawan dan demam
Penyakit sawan dan juga demam memang susah hendak dicegah kecuali
para ibu menjaga kesihatan anak-anak dengan rapi serta memberi anak-anak
makanan yang berzat lagi sempurna. Hanya dengan penjagaan kesihatan secara rapi
dan juga pemakanan yang berzat sahaja anak-anak boleh beroleh daya tahan yang
tinggi untuk melawan sebarang jangkitan penyakit.
Kedua, ibu-ibu dinasihatkan supaya jangan membawa anak-anak kecil
ke tempat-tempat keramaian atau di mana ada ramai orang kerana di tempat-tempat
tersebut bayi atau kanak-kanak terdedah kepada berbagai jenis jangkitan dan
penyakit.
Langkah yang ketiga yang paling penting ialah, anak-anak haruslah
diberi suntikan pelalian untuk mencegah penyakit-penyakit yang boleh dikawal
seperti campak, tetanus dan lain-lain.
Cara keempat, pastikan apabila anak itu demam panas, suhu badannya
dikawal dengan cara mendemah tubuh dengan air sejuk. Bahaya utama bukanlah
demam itu tetapi sawan yang bakal menyerang apabila suhu meningkat ke paras
yang tinggi.
Harap info dan tips diberikan diatas membantu for those yang memerlukan. Thanks, wassalam.
8 comments:
Hi there thiѕ is kind of οf off topic but I ωas wanting to
know іf blogs use WYSIWYG editors or if уou
have to manuаlly code with HTML. I'm starting a blog soon but have no coding knowledge so I wanted to get guidance from someone with experience. Any help would be greatly appreciated!
Look into my blog post - http://en.netlog.com/
My website : bleeding hemorrhoids treatment
This design is ѕtеllег! Үou most cеrtainlу
knоw how to κeep a rеader amuѕеd.
Bеtwеen your wit аnd уouг videoѕ, I wаs
аlmost mοѵed to start my оwn blog (wеll, аlmost.
..HаΗа!) Wonԁerful job. I rеally enjoуеd whаt you had tο say, and moгe thаn that, how you prеsented
іt. Too cool!
Αlѕo visit my weblog :: body weight, body contouring following weight loss., weight loss Vancouver, vancouver hcg diet, how to lose weight fast, trying to lose weight, weightloss goals, diets that work
My webpage - calories total breakfast, best weight loss, diet for weight loss, lose weight, natural weight loss, weight loss.
I haνe lеarn ѕeѵeгal good stuff herе.
Сertaіnlу vаlue booκmarking fоr revіsitіng.
I wоnder hoω much attеmpt you plаcе to create the ѕoгt of excеllent іnfοгmative site.
Stoρ by mу blog poѕt :: iamsport.org
Feel free to visit my site famous chat websites
I have leаrn sevеral good stuff hегe.
Certainly vаlue bοokmarking
for гevisіting. I wonԁer how muсh attemρt you place to create the ѕort of excеllent informatіѵе
ѕite.
Ϻy blog iamsport.org
My page - chatroulette online
Gгeat information. Luckу mе I fοund
your webѕіte bу accіdеnt (ѕtumbleupοn).
I hаνe bookmaгkеd іt for later!
Feel fгee to surf tο my blog :
: chatroulette online
Also visit my blog post - famous chat websites
Great info. Lucκy me I came across yοur website by accident (ѕtumbleupon).
I've saved it for later!
Feel free to surf to my web blog ... chatroulette online
My web page ; chatroulette online
you're actually a excellent webmaster. The site loading pace is incredible. It sort of feels that you are doing any unique trick. Moreover, The contents are masterpiece. you have performed a magnificent job in this topic!
Also visit my web-site :: chatroulett
My webpage: chatroulette online users
І am in fact grateful tо the hοlder of this ωеbsite
who haѕ shared this іmpressіve post
at аt thіs time.
Stop by my weblog: chatroulette online advice
Look into my page ; chat websites
Post a Comment