Parts yang Diganti oleh Pomen Bukan Lagi “Original Brand New” Jika Terlibat Dengan Kemalangan


Hi all, lama tak update blog, lately busy abit since keje rumah makin bertambah, maklum le semenjak my little princess dah start merangkak ni, makin banyak le keje rumah nak handle huhu..tapi takpe, yang penting semua sihat dan keluarga bahagia, Alhamdulillah:)

Well, for this time punya post just nak update you guys pasal hal kereta yang sudah berusia 5 tahun ke atas yang terlibat dengan kemalangan, maka  bersedia lah untuk di ketuk harga oleh workshop / “pomen” serta insurance company, menyebabkan anda terpaksa membayar lebih atau memperoleh ganti spare part yang kurang quality.


Baru-baru ini, telah diwar-warkan oleh pihak insuran company bahawa untuk mengganti spare part kereta yg terlibat dengan kemalangan ia disyaratkan untuk digantikan dengan “used original”/ 2nd hand yang sama umur dengan kereta tersebut. Ini bermakna, anda tidak akan memperoleh spare part ganti yang original “baru” jika anda hantar keta ke pomen untuk dibaiki setelah accident.

New spare parts/ original spare parts “baru”, hanya akan digantikan jika pihak owner kenderaan bersetuju untuk membayar “extra charge” lebih kurang 5% dan 40% atas harga ganti spare part tersebut.

Ini bermakna, owner kenderaan yang ingin membaiki kereta accident with ori parts, perlu membayar nilai beza yang dicover oleh insuran dengan harga yang discharge oleh pomen.  Contoh: kalau ori parts ganti untuk fog lamp myvi RM50 dan insuran cover 2nd hand part RM30, then RM50-30=RM20, bermakna owner kenderaan kena bayar kepada pomen RM20 setelah tolak harga yg dicover oleh pihak insuran.

Setakat ini, didapati 9, 721, 447 kenderaan berdaftar di atas jalan dan 1, 984, 140 kenderaan adalah didapati berumur 5 tahun keatas. Wow!! Banyak tuh!

Ini bermakna, kalau anda mempunyai kenderaan berumur 5 tahun keatas, alamatnya kalau kena accident, kemungkinan spare part ganti yang di tukar/ baiki adalah 2nd hand punya and no more original. Kalau nak original punya parts, then kena lah bayar nilai beza yg dicover oleh insuran ok. Hal ini termasuk kepada meraka yang menggunakan “insurance comprehensive” package.

1 comments:

Anonymous said...

Hello to аll, the contеnts present at thiѕ
sіte are іn fact remаrkable for pеople knowledge, well, kеep up the gоοd wоrk fellows.


my site ... Red Kings Poker Bonus
Also see my webpage - facebookwater.com

Post a Comment